Sunday, October 5, 2008

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI TAMAN DAHLIA

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI TAMAN DAHLIA 2008

SAMBUTAN AKAN DI ADAKAN PADA :
  • HARI AHAD : 26 OKTOBER 2008
  • JAM : 8.00 PAGI HINGGA SELESAI
  • TEMPAT : PERSEKITARAN SURAU AL-ISLAH DAN DEWAN TADIKA.
  • SEMUA WARGA PENDUDUK TAMAN DAHLIA DI JEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT.

Monday, August 18, 2008

JADUAL GILIRAN MOREH TAMAN DAHLIA

Tarikh (bergantung pd pengumuman) Hari Giliran Moreh
Ramadhan Masihi

1 01-Sep Isnin persendirian
2 02-Sep Selasa Jalan 3/1 & 3/2
3 03-Sep Rabu Jalan 3/3 & 3/4
4 04-Sep Khamis persendirian
5 05-Sep Jumaat Jalan 3/5 & 3/6
6 06-Sep Sabtu persendirian
7 07-Sep Ahad persendirian
8 08-Sep Isnin Jalan 3/7
9 09-Sep Selasa Jalan 1/1& 1/3
10 10-Sep Rabu Jalan 1/2
11 11-Sep Khamis persendirian
12 12-Sep Jumaat Jalan 1/4
13 13-Sep Sabtu persendirian
14 14-Sep Ahad persendirian
15 15-Sep Isnin Jalan 1/5
16 16-Sep Selasa Jalan 1/6 & 1/7
17 17-Sep Rabu Jalan 1/8
18 18-Sep Khamis persendirian
19 19-Sep Jumaat Fasa 10&11
20 20-Sep Sabtu persendirian
21 21-Sep Ahad persendirian
22 22-Sep Isnin Jalan 2/1 & 2/4
23 23-Sep Selasa Jalan 2/3
24 24-Sep Rabu Jalan 2/7
25 25-Sep Khamis persendirian
26 26-Sep jumaat Jalan 2/8
27 27-Sep Sabtu persendirian
28 28-Sep Ahad persendirian
29 29-Sep Isnin Fasa 8
30 30-Sep Selasa persendirian

Sila maklumkan kepada pihak surau (En Abdul Rashid 013-304 0628 )
selewat-lewatnya 3 hari :

1)sebelum giliran jalan anda, samada akan menghantar sumbangan makanan atau duit.

2)jika anda berminat untuk menaja jamuan moreh pada hari "persendirian".

3)jika anda berminat untuk menaja jamuan berbuka.

AKTIVITI AKTIVITI SURAU AL-ISLAH


PERSEDIAAN RAMADHAN 1429H

Pihak Surau Al-Islah akan mencadangkan aktiviti2 berikut sempena bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah 1428H yang akan datang :

1) Sembahyang sunat Terawih (20 rakaat) & Witir yang akan dipimpin oleh Imam Mahyuddin Al-Hafiz.
2) Jamuan moreh selepas sembahyang sunat Terawih.
3) Berbuka puasa di surau secara pot-luck..
4) Tahlil dan zikir setiap malam.
5) Tadarus Al-Quran untuk remaja dan dewasa..
6) Kuliah subuh & Qiamulail akan diadakan pada hujung minggu. Sila rujuk papan kenyataan.

Borang sumbangan ikhlas dan tahlil adalah seperti yang dilampirkan.


PERSEDIAAN QURBAN 1429H

Borang penyertaan untuk ibadah qurban dan aqiqah boleh didapati di surau. Sila hubungi mana2 ajk atau datang terus ke surau kita.


PENUBUHAN RUKUN TETANGGA TAMAN DAHLIA

Berita baik untuk kita semua kerana pihak ajk sedang berusaha untuk menubuhkan Rukun Tetangga Taman Dahlia, seberapa cepat yang mungkin.

Kami memerlukan penyertaan yang menggalakkan dari para penduduk untuk menjayakan projek ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengisi borang seperti dalam lampiran dan sertakan salinan KP anda. Satu mesyuarat akan dipanggil untuk perlantikan ahli jawatankuasa.

Jangan ketinggalan. Keselamatan keluarga dan taman adalah tanggungjawab bersama.

Sumbangan ikhlas anda, samada untuk Ramadhan atau tahunan (RM30 sahaja), kami dahului dengan ribuan ucapan terima kasih. Hanya Allah Yang Maha Esa sahaja yang boleh membalasnya.

Friday, August 1, 2008

Sinar Jumaat: Carilah ketenangan di masjid, surau

Ustaz Zainudin Hashim

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.
Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.
Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.
Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.
Di mana remaja dalam hal ini?Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.
Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu?
Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat.
Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud: "Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).
Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam.

Thursday, May 8, 2008

Tujuh kalimat ....

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " dari tafsir hanafi.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siangmalam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu
mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Hakikat Pernikahan...Renungkanlah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat....dan manakah pilihan kita???- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat padahal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERIHIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumahtangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.Ceritakan dan sebarkan kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.Insyaallah.. ...

Monday, April 28, 2008

SUMBANGAN TAHUNAN SURAU AL-ISLAH

assalamulaikum
Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabatnya.
Kutipan tahunan sessi 2007/2008 surau al-islah akan berakhir pada 30 april 2008 seperti telah dimaklumkan surau kita memohon sumbangan ikhlas dari setiap rumah di Taman Dahlia sebanyak RM 30.00 setahun bagi menampung perbelanjaan surau.
Setakat ini hanya 1/3 daripada 500 buah rumah telah menyumbang.Oleh itu kepada tuan/puan yang masih belum menjelaskan sumbangan,bolehlah berbuat demikian segera kepada mana mana AJK atau wakil lorong anda.
Sumbangan ikhlas bagi melayakkan pihak keluarga tuan/puan menerima sumbangan ikhlas sebanyak RM250.00 bagi meringankan perbelanjaan pengurusan jenazah sekiranya berlaku kematian di pihak keluarga tuan/puan.Dengan syarat ahli keluarga adalah pemastautin tetap Taman Dahlia.
Kami juga amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas tetap bulanan dari pihak tuan/puan.Semoga keikhlasan dan sumbangan pihak tuan/puan mendapat ganjaran yang amat besar di sisi ALLAH s.w.t,insyallah.
Anda juga boleh terus masukan sumbangan anda ke akuan surau al-islah:-
Bank Islam Malaysia (Bdr. Baru Nilai) : 121040 10003257
Kutipan sessi 2008/20099 akan bermula pada 1 mei 2008
Sekian,terima kasih
setiausaha surau Al-Islah