Itulah moto yg diketengahkan di dalam program hari keluarga & komuniti kesihatan taman dahlia anjuran bersama penduduk taman dahlia dengan kerjasama pelajar pelajar perubatan dari cyberjaya university collage of medical sciences (CUCMS) yang telah diadakan pada hari sabtu 19hb april 2008 yang lepas.Mewakili para penduduk taman dahlia,saya mengucapkan jutaan terimakasih dalam menjayakan program ini.melalui aktiviti seperti ini,keeratan hubungan saitulrahim atas jiran tetapi mewujudkan semangat kekitaan,saling tolong menolong dan berkerjasama.dikalangan pelajar juga aktiviti ini dapat meningkatkan pembelajaran dan psiko-motor mereka sebelum mereka keluar sebagaai pengamal perubatan yang bertauliah.tahniah kepada semua agar akan datang dipertingkatkan lagi kerjasama antar kita lebih akrab lagi.wassalam
dr hj mohd ekhwan hj turiman
wakil penduduk taman dahlia.
AKTIVITI AKTIVITI YANG DIJALANKAN DALAM PROGRAM HARI KELUARGA & KESIHATAN KOMUNITI TAMAN DAHLIA.
PEMERIKSAAN KESIHATAN -
INDEK JISIM TUBUH
PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH
PEMERIKSAAN GULA DALAM DARAH
PEMERIKSAAN KOLESTEROL
PEMERIKSAAN SENDIRI TESTIS & PAYUDARA
ACARA KELUARGA -
PERTANDINGAN MEWARNA
PERTANDINGAN MEMASAK
CABUTAN BERTUAH
SUKANEKA KANAK KANAK & PELAJAR
Acara hari keluarga & kesihatan komuniti taman dahlia bermula dari jam 7.30 pagi dimulakan dengan acara senamrobik dan berakhir jam 2.00 ptg.Majlis yang gemilang ini dihadiri lebihkurang 300 penduduk taman dahlia dan persekitarannya dan telah dirasmikan oleh
Y.B DR. A XAVIER JAYAKUMAR pengerusi jawatan kuasa kesihatan,pekerja ladang,kemiskinan dan kerajan perihatin.
No comments:
Post a Comment